2013/11/01

Cabutan Bertuah

Untuk makluman semua, para peserta yang mendaftarkan diri sebelum pukul 9:30 pagi  pada 2 Nov. 2013 (early bird) akan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang istimewa!

Syarat-syarat :
1. Penyertaan terbuka kepada para peserta Mars, Venus & Islam sahaja.
2. Seorang peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah cabutan sahaja.
3. Keputusan cabutan adalah muktamad.

Jumpa anda di sana!

2013/10/31

Personality Test



Kepada semua peserta MAVIS, salah seorang daripada penyampai program, Dr Harlina telah meminta para peserta untuk mengisi dan menjawab "personality test" seperti yang tertera di bawah sebelum MAVIS bermula. Dr Harlina akan berbincang mengenai ujian ini dengan lebih lanjut semasa program MAVIS nanti.

Personality Test

2013/10/14

Makluman terkini : Ketidakhadiran Ustaz Maszlee

Assalamualaikum, 

Dukacita dimaklumkan kepada semua, Dr Maszlee Malik tidak dapat menghadiri program kali ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Program kali ini akan disampaikan oleh Dr Harlina dan Ustaz Zulkifli. 

Kepada mereka yang belum mendaftar, tarikh pendaftaran akan ditutup pada 20hb Oktober. Jom daftar segera!

Harap maklum, dan maaf atas segala kesulitan